12 Dec 2013

Tips Grafik: Makna & Penggunaan Rule of Thirds

Samada anda perasan atau tidak, objek utama dalam foto hasil bidikan jurugambar-jurugambar, kebanyakannya berada off-center, atau tidak betul-betul berada di tengah-tengah gambar. Komposisi begini adalah amalan biasa, bukan sahaja dalam fotografi, malahan boleh diaplikasi kepada rekaan grafik, blog dan pelbagai lagi.



Sebelum ini, saya ada memperkenalkan White Space, dan kepentingannya dalam menghasilkan karya grafik yang lebih menarik. Kali ini, saya akan berkongsi pula konsep Rule of Thirds.


Rule of thirds ialah salah satu teori komposisi dalam fotografi dan reka grafik. Melalui teori ini,  satu canvas dibahagikan kepada tiga pecahan grid, secara horizontal, atau vertical atau kedua-duanya sekali. Secara teori & amalannya ialah, untuk menghasilkan artwork atau gambar yang lebih menarik, objek utama diletakkan pada salah satu bahagian pecahan ataupun pada titik pertemuan garisan grid pecahan.

tips grafik studio kenaria
Komposisi gambar atau artwork dipecahkan kepada tiga bahagian grid. Mengikut Rule of thirds, gubahan gambar atau grafik menjadi lebih menarik apabila objek utamanya diposisikan pada satu bahagian grid atau pun terletak pada titik pertemuan garisan grid.

Contoh perbezaan komposisi gambar yang diedit mengikut konsep Rule of thirds.

asas grafik blog, asas grafik
Konsep ini juga menjadi amalan biasa yang digunapakai oleh pereka grafik.

Contoh penggunaan konsep  Rule of Thirds dalam rekaan grafik business card.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home