14 Dec 2013

Tips Blog: Kepentingan Nama Domain

Alhamdulillah, laman blog Studio Kenaria kini sudah boleh dilawati melalui nama domain www.studiokenaria.com atau studiokenaria.com. Sebagaimana laman blog Artchetak, nama domain Artchetak.com telah saya beli sejak awal-awal saya berblog. Dan setelah laman web siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas, nama domain Artchetak.com saya pindahkan pautannya kepada laman web kami itu.

Apa itu nama domain?
Penting ke penggunaan nama domain?

studiokenaria, studio kenaria, maksud domain


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

12 Dec 2013

Tips Grafik: Makna & Penggunaan Rule of Thirds

Samada anda perasan atau tidak, objek utama dalam foto hasil bidikan jurugambar-jurugambar, kebanyakannya berada off-center, atau tidak betul-betul berada di tengah-tengah gambar. Komposisi begini adalah amalan biasa, bukan sahaja dalam fotografi, malahan boleh diaplikasi kepada rekaan grafik, blog dan pelbagai lagi.



Sebelum ini, saya ada memperkenalkan White Space, dan kepentingannya dalam menghasilkan karya grafik yang lebih menarik. Kali ini, saya akan berkongsi pula konsep Rule of Thirds.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

8 Dec 2013

Tips Mudah SEO Untuk Blog.


Semasa saya mula kenal dunia blog, saya langsung tidak ada sebarang mentor atau guru yang membimbing cara berblog yang betul. Istilah SEO juga masih baru pada saya. Walaupun terdapat banyak sumber yang memberi khidmat penyediaan SEO tetapi kita perlu membayarnya. dan dengan modal yang terhad sudah tentu saya tiada pilihan selain membuatnya sendiri. Jadi saya usahakan dengan mencari bahan bacaan sebanyak mungkin melalui carian internet dan juga melalui perbincangan dengan suami.

Dan saya akan kongsikan beberapa tips mudah SEO yang saya kumpul dan telah saya gunakan untuk blog Studio Kenaria. Pesanan saya buat rakan-rakan blogger WAHM supaya jangan takut dengan SEO. Dan juga jangan pandang rendah pada kepentingannya. Jika anda mahu terjun ke dunia blog, anda perlu jadikan SEO sebagai sahabat baik anda. Kerana dengan bantuan SEO yang betul, anda akan dapat memperbaiki kedudukan dalam paparan carian search engine, tidak kira samada Google, Yahoo, Bing atau lain-lain lagi. Kenapa nak kedudukan yang baik? Jawapannya mudah saja. Kita mahukan kuantiti traffic atau kuantiti pengunjung yang lebih banyak. Sekiranya anda menggunakan blog sebagai medium perniagaan, jumlah pengunjung yang besar ini penting, kerana sebahagiannya adalah bakal-bakal pelanggan kita.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

6 Dec 2013

Tips Blog: Memahami Asas SEO

"Apa pulak SEO tu?"
"Perlu ke ambil tahu tentang SEO kalau nak berblog sambil-sambilan je?"
"Tak penting kut, saya nak berblog untuk cari duit sampingan je."

Jika anda sudah biasa berblog, anda pasti biasa berjumpa atau membaca berkenaan SEO. Dan bagi yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia blog, saya akan terangkan secara ringkas berkenaan SEO dan kepentingannya.

Dua malam yang lepas saya memutuskan untuk mencuba carian keyword 'asas grafik blog' di laman Google. Saya kira, jika bernasib baik, blog saya yang baru berumur tiga bulan, akan muncul paling awal, pada muka ke enam atau ke tujuh carian google kerana keyword saya 'bersaing' dengan blog para guru dan bakal guru yang mengkhusus dalam mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Multimedia. Tanggapan agak tersasar sedikit, blog saya muncul di muka ke tiga. Alhamdulillah. Tapi saya terfikir, bagaimana kalau saya usahakan sedikit saja lagi, mungkinkah hasil carian akan berubah lebih baik?

Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

1 Dec 2013

Panduan Meletakkan Borang JotForm Dalam Laman Blogger.

Saya ada menerangkan secara asas, cara & panduan untuk membina borang online untuk dimasukkan ke dalam laman web, blog atau facebook di entry ini. Jika anda sudah selesai menyiapkannya, borang online sudah bersedia untuk digunakan tetapi anda perlu terlebih dahulu 'embed' atau meletakkannya dengan cara yang betul dan di tempat yang sesuai. Dalam entry ini, saya akan bimbing anda untuk memasukkan borang anda ke dalam laman blog.

Sila pastikan setting 'Email Alerts' pada borang berkenaan telah ditetapkan agar anda menerima notifikasi secara automatik apabila pelanggan submit borang online tersebut. Jika anda ikuti satu-persatu langkah yang diberi, proses ini sebenarnya mudah saja. Terlebih dahulu, log in ke akaun JotForm dan juga blog anda.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

Bina Borang Online Melalui JotForm

Buat peniaga-peniaga online, elakkan dari menghadapi situasi seperti ini.

Situasi 1: Laman web, blog atau Facebook sudah cantik, tapi tiada nombor telefon untuk dihubungi. Mungkin kerana anda yang tidak selesa untuk memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali. Letak alamat email? Kadang-kadang agak melecehkan kerana pelanggan perlu log in ke dalam akaun masing-masing terlebih dahulu. Jadi bila sukar dihubungi, berisiko kehilangan bakal pelanggan yang berpotensi.

Situasi 2: Laman web, blog atau Facebook sudah cantik, tetapi pelanggan perlu email, call atau sms terlebih dahulu. Walaupun puas mencari, tidak berjumpa borang tempahan di laman blog atau Facebook. Kemungkinan pelanggan memilih untuk mencari alternatif lain.

Selain email & telefon, anda juga harus mudah dihubungi pelanggan menggunakan borang online yang diletakkan di laman web, blog atau Facebook. Ikuti panduan asas membina borang online menggunakan JotForm.com.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , ,