30 Nov 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Penulisan

Perjalanan saya dalam dunia blog bermula pada May 2009 melalui laman blog Artchetak. Melalui blog Artchetak, saya banyak berkongsi idea untuk projek DIY dan juga kisah tempahan pelanggan serta seba sedikit cerita keluarga.


Pada pertengahan Disember 2012, laman web Artchetak.com dilancarkan. Melalui laman web, pelanggan lebih mudah membuat tempahan, sekaligus masa yang boleh dihadkan bagi mengumpul maklumat untuk berblog semakin kurang.





Oleh kerana semakin kurang berblog, idea juga semakin lama semakin berkurangan. Tetapi minat untuk berkongsi maklumat masih tetap ada. Ketika itu saya sudah mengenal Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah sejak 2009 dan sentiasa mengikuti perkembangan akademinya. Berbekalkan sokongan suami, saya mendaftarkan diri pada 20 September yang lepas. Dan pada pertengahan November, saya dapat menyelesaikan salah satu tugasan utama iaitu menyiapkan 44 entry pertama. Dan kini Alhamdulillah, semangat untuk menulis semakin bertambah. Saya juga sudah mula mengumpul kembali bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog Artchetak.


Kenapa perlu menyertai kelas walaupun sudah lama berblog? Pada awalnya, saya cuma ingin belajar cara-cara yang betul untuk berblog di samping menambah rakan bloggers. Dengan bantuan mentor, Masayu Ahmad, tugasan yang diberi akan diselia secara online. Alhamdulillah, mentor saya seorang yang penyabar dan tidak kekok ilmu. Dan setelah tiga bulan menyertai akademi, saya dapati, 'motivasi' adalah antara pelajaran terbaik yang saya terima. Para peserta akademi datang dari pelbagai latar belakang. Dari suri rumah hinggalah ke usahawan ternama, tapi semuanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu untuk menambah ilmu dan memperbaiki kemahiran berblog. Ini menyuntik satu semangat bahawa tidak kira apa pun latar belakang atau pengalaman kita, apa yang penting ialah kesungguhan. Dan melihatkan rakan-rakan lain berlumba-lumba untuk menyiapkan tugasan, adalah satu lagi motivasi yang sangat kuat.

Tak kenal maka tak cinta. Ada banyak kebaikan berblog. Selain menjadi medium perniagaan secara percuma, ia juga menjadi satu outlet untuk berkongsi ilmu & pengalaman. Dengan mempelajari cara dan teknik berblog yang betul, penyampaian maklumat akan jadi lebih berkesan. Dan tidak ada yang lebih baik selain belajar dari mereka yang pakar.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home