31 Oct 2013

Pengenalan Kepada 'Fonts'

Memilih font yang sesuai untuk imej visual, sama pentingnya seperti memilih manik untuk tempahan tudung atau baju. Jika tersalah pilih, keseluruhan rupa baju atau tudung, pasti ada yang tak kena, samada terlebih atau terlalu kurang aksesori yang sesuai. Sebelum saya teruskan dengan pelbagai tips & tutorial berkenaan font, saya akan ceritakan serba sedikit tentang font.

1. Kategori.

Font terbahagi kepada beberapa kategori, yang paling banyak digunakan ialah seperti berikut:
a) Serif. Contohnya, Times New Roman, Book Antiqua, Century Schoolbook dan Garamond.
b) Sans Serif. Contohnya, Arial, Century Gothic, Gill Sans dan Verdana
c) Script. Contohnya Bickham Script Pro, Freebooter Script, Palace Script dan Scriptina.
d) Decorative. Contohnya Cheri, Rosewood, Snap ITC dan Stencil.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

30 Oct 2013

Keseronokan Maksima dengan Kos Minima.

Kreativiti bukan sahaja melibatkan seni lukis, kraftangan, seni visual dan sebagainya. Bahkan, kehidupan seharian kita memerlukan kreativiti dalam apa jua keadaan. Kaum ibu adalah antara golongan yang kreatif. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berhadapan dengan batasan kewangan. Kreatif menghasilkan menu yang sedap-sedap dengan bahan-bahan asas yang tidak membebankan poket. Kreatif menguruskan keperluan keluarga dengan sumber yang terhad serta kreatif menyediakan persekitaran yang menyeronokkan dengan kos minima. Aktiviti riadah adalah salah satu antaranya. Dan untuk menambah keriangan anak-anak, saya akan sediakan aktiviti kraf untuk mengisi masa riadah kami.

Pekerjaan suami saya sebelum beliau berhenti adalah mengikut shift atau jadual yang mana kebanyakan off daynya jatuh pada hari bekerja (weekday). Semasa saya masih bekerja, jarang sekali kami dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama. Semua berubah setelah saya memulakan kerjaya sebagai seorang WAHM. Hari cuti suami yang jatuh pada hari bekerja biasa adalah satu kelebihan kerana kami berpeluang beriadah di tempat-tempat awam dengan lebih selesa.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

28 Oct 2013

Kemaskan Sidebar: Bina Drop Down Menu Untuk Label.

Ruang kedai yang kemas adalah antara faktor penarik pelanggan. Samada kedai fizikal ataupun kedai maya (online). Susunan yang berserabut akan menyukarkan pelanggan mencari produk. Antara jenis kedai online ialah blog. Selain produk, blog anda juga perlu berada dalam keadaan tersusun untuk memudahkan pelanggan mencari apa yang diingini apabila 'masuk' ke 'kedai' anda.

Side bar adalah seperti salah satu ruang dalam kedai. Antara widget yang perlu ada di side bar ialah Label. Label ini berfungsi seperti papan tanda di dalam pasaraya, sebagai penanda pembahagian jenis-jenis produk. Jika papan tanda mengambil ruang yang berlebihan, produk anda mungkin akan tersorok ataupun tidak dapat ditemui pelanggan.

tutorial blog

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

27 Oct 2013

Tandatangan Automatik Di Bawah Post Blogger (Bahagian 3)

Kita akan mula menggunakan sedikit coding CSS dalam bahagian terakhir ini. Tidak perlu risau, anda cuma perlu copy & paste sahaja kod CSS yang akan saya berikan ke ruangan khasnya. Ini adalah bahagian yang paling mudah di antara ketiga-tiga bahagian tutorial ini.

1. Mula-mula, anda perlu log masuk ke akaun blogspot anda.

2. Di laman home akaun, pergi ke 'Template'.
Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Tandatangan Automatik Di Bawah Post (Bahagian 2)

Bagi bahagian kedua ini, anda perlu mempunyai satu akaun simpanan imej (image hosting). Jika belum ada, boleh rujuk entri ini. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di mana-mana hosting yang lain seperti flickr, anda boleh skip bahagian ini. Apa yang perlu anda buat sebelum ke bahagian terakhir, ialah memuat naik fail format png artwork tandatangan anda ke akaun hosting anda.

Sila klik di sini untuk ke bahagian satu.

1. Kita mulakan bahagian kedua ini dengan log masuk ke akaun Photobucket masing-masing.

2. Klik butang 'Upload'.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Tandatangan Automatik Di Bawah Post (Bahagian 1)

Tutorial ini terpaksa saya bahagikan kepada tiga bahagian. Dalam bahagian pertama, saya akan bimbing anda menghasilkan satu imej simple  tandatangan menggunakan aplikasi Inkscape. Jika anda belum muat turun aplikasi ini, boleh rujuk entri ini untuk langkah muat turun & installation Inkscape. Selain Inkscape, anda bebas menggunakan apa saja aplikasi yang anda fikir sesuai dan boleh terus ke bahagian kedua.

Secara umumnya, tutorial ini akan memperkenalkan beberapa tool asas Inkscape. Saya menggalakkan anda bereksperimentasi dengan Inkscape seberapa kerap yang boleh untuk lebih cekap mengendalinya. Saya cuba untuk membekalkan seberapa banyak imej visual agar tutorial ini mudah difahami. Mari kita mula.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , ,

26 Oct 2013

Asas Grafik: Apa beza JPEG, PNG & GIF?

"Tolong save artwork dalam JPEG ye"
"Simpan guna GIF, biar latar belakangnya transparent"
"Semua ikon dan butang, simpan saja dalam PNG untuk laman web ni"

Apa terma-terma yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas? Jpeg/jpg, gif dan png adalah tiga jenis format simpanan fail imej yang paling banyak digunakan. Fail-fail akan disimpan dalam format nama seperti berikut:
imejlatar.jpeg/ imejlatar.jpg
imejlatar.gif
imejlatar.png
Apa perbezaannya dan yang mana satu sesuai untuk kita gunakan? Saya jelaskan melalui jadual berikut. Anda boleh simpan jadual ini dengan klik-kanan dan pilih "Save link as..".

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

25 Oct 2013

Pencetus Dan Penyuntik Semangat.

Sejak mengandung anak pertama lagi saya sudah pasang angan-angan untuk bekerja dari rumah. Tapi, komitmen kewangan kerana baru membeli rumah, menyebabkan angan-angan tingal jadi angan-angan saja. Selepas habis pantang, nenek tersayang yang kami panggil Jaddah, menawarkan diri untuk menjaga Ayisha sehingga umurnya mencecah enam bulan sebelum dihantar ke pusat asuhan. Alhamdulillah, mudah Jaddah menjaga Ayisha. Dan pertama kali Ayisha dihantar ke pusat asuhan, saya menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Selepas setahun setengah, kami tukarkan Ayisha ke pusat asuhan lain kerana kos yuran yang lebih rendah.

Nyata ada sedikit perbezaan walaupun tiada masalah besar, selain masalah selsema yang kerap dialaminya. Cuma tahap kebersihan sedikit kurang daripada pusat asuhan sebelum itu. Beberapa kali, bila tiba di pusat asuhan, saya atau suami dapati dalam lampin pakai buang Ayisha terdapat najisnya yang sudah kering. Bila ditanya pengasuh, jawapannya, Ayisha tak beritahu. Umur Ayisha belum sampai dua tahun.  Kami tahan rasa marah kerana bimbang ia akan menjejaskan Ayisha. Sekali sekala saya terfikir, apa yang ada dalam fikiran Ayisha setiap kali kami tinggalkannya di pusat asuhan. Sering terbit rasa bersalah bila mengenangkan anak ditinggalkan dengan orang lain.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Tips Rekaan Layout Blog

Saya bukanlah pakar reka blog tetapi sedikit sebanyak pengalaman berblog sejak 2009, dapat memberikan saya sedikit sebanyak idea untuk memberi beberapa tips & panduan untuk rekaan layout (susun atur) blog yang menarik.

Pastinya jika baru mula berblog, anda pasti teruja untuk memasukkan pelbagai gajet atau widget untuk membuat blog tampak lebih menarik. Tetapi jika terlalu banyak, ianya akan menjadi gangguan kepada pembaca. Jadi bukannya dapat menarik lebih ramai orang malahan, mungkin menyebabkan pembaca tidak lagi mahu menjenguk blog kita. Jadi, apa yang boleh kita buat? Berikut adalah beberapa tips panduan asas untuk rekaan ‘wajah’ laman blog kita.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

23 Oct 2013

Tutorial PhotoScape: Mudahnya Buat Kolaj Gambar

Dalam entri Panduan Mudah Mengambil Gambar, antara tips yang saya kongsi ialah, ambil gambar produk dari pelbagai sudut. Kita kemudiannya boleh gabungkan gambar-gambar tadi dalam satu bentuk kolaj. Melalui PhotoScape, kita boleh menghasilkan kolaj gambar produk kita dengan sangat mudah. Malahan boleh juga kita guna untuk menghasilkan kolaj gambar-gambar dari koleksi peribadi.


Tutorial kali ini akan membantu anda untuk membuat kolaj gambar dengan PhotoScape.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

Tutorial Inkscape: Muat Turun Secara Percuma

Muat turun aplikasi Inkscape adalah proses yang cukup mudah. Ikuti langkah-langkah seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Pergi ke laman web Inkscape.org dan klik pada butang 'Download' pada menu sebelah kiri laman.

2. Muka laman download akan keluar seperti di bawah dan klik pula pada butang 'Download Now'.



Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

Tutorial Inkscape: Alternatif Kepada Adobe Illustrator

Saya merancang untuk membuat tutorial bagi memasukkan tandatangan automatik di bawah setiap entri blog. Tetapi, sebelum itu, untuk membantu yang belum tahu cara-cara untuk menyediakan grafik/imej tandatangan itu, saya akan bimbing anda dari mula, iaitu memuat turun satu perisian editor grafik. Dari situ, saya akan bantu anda menyediakan satu file grafik untuk anda muat naik ke dalam template blog anda. Saya akan bahagikan keseluruhan tutorial ini kepada beberapa bahagian agar anda mudah faham.

Selain Adobe Photoshop, saya banyak menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk kerja-kerja grafik. Jika anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan, off line ataupun online, anda pasti memerlukan bahan-bahan pemasaran seperti flyers, brosur, kad nama dan sebagainya. Walaupun ada pereka atau pencetak yang menawarkan khidmat rekaan pada harga yang rendah, adalah lebih menjimatkan jika anda boleh melakukannya sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda perlukan bahan visual yang simple untuk blog anda. Mungkin ada yang merasakan perisian Microsoft Publisher atau Paint sudah mencukupi, tetapi dengan mempelajari ilmu perisian khusus lain seperti perisian grafik, akaun dan sebagainya, anda juga secara tidak langsung, membuat sedikit pelaburan peribadi.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

22 Oct 2013

Rumah Inspirasi: Satu Motivasi

Selain sokongan keluarga yang menjadi tulang belakang, saya turut mencari dan mendapatkan motivasi & inspirasi dari pelbagai sudut. Antaranya ialah angan-angan untuk membina rumah idaman. Sejak membeli unit kondo yang kami diami ini, saya kurang memikirkan tentang rumah idaman. Tetapi setelah kami jual kondo ini dan merancang untuk pulang ke kampung, membina rumah idaman kembali menjadi satu motivasi untuk berusaha lebih kuat.

Baru-baru ini, suami saya telah memperkenalkan satu program TV Britain, Grand Designs yang menayangkan pelbagai projek pembinaan rumah oleh individu awam. Kebanyakannya pasangan suami isteri yang membina rumah idaman mengikut budget masing-masing. Setiap projek mempunyai keistimewaan tersendiri dan dapat memberi berbagai idea & inspirasi jika anda juga ingin atau bakal membina rumah idaman.
Klik untuk artikel penuh »

Labels:

20 Oct 2013

Tutorial Photoscape: Pengenalan Asas Editor

Untuk menarik pelanggan, gambar produk perlulah jelas & terang untuk tatapan. Saya telah berkongsi tips mengambil gambar di dalam entri ini. Sambungan dari itu, saya akan terangkan cara untuk membuat sedikit editing pencahayaan menggunakan PhotoScape yang boleh anda download dengan mengikuti langkah-langkah di entri ini.
tips grafik edit gambar

Sudah muat turun & install PhotoScape anda? Ok, mulakan perisian PhotoScape dan anda skrin berikut akan terpampang. Klik pada butang 'Editor'.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

Blog Inspirasi

Apa yang membuat anda tertarik untuk berblog selain untuk menjana pendapatan? Tanpa minat & semangat, bukan mudah untuk kita teruskan apa yang baru anda mulakan. Dari mana nak kita gilap minat ini?

Bagi saya yang sukakan kerja kraf & DIY serta apa saja yang berkaitan dengannya, blog & pinterest menjadi sumber inspirasi saya. Melalui pembacaan blog-blog ini, bukan saja membantu mencari idea, malahan dapat menyuntik semangat saya, kerana kesemua bloggers ini bermula dari bawah.

Terdapat berpuluh blog yang saya kerap lawat & baca dan di sini saya ingin kongsikan 10 daripada blog kesukaan yang menjadi inspirasi saya.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

19 Oct 2013

Tutorial PhotoScape: Muat Turun Secara Percuma.

Dalam entri ini, saya akan bimbing anda memuat turun & membuat installation perisian Photoscape. Mudah saja, namun, jika ada sebarang masalah, boleh hubungi saya di Facebook Studio Kenaria.

Sila le laman web Photoscape untuk langkah pertama, di sini.

download muat turun photoscape


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , , ,

Tutorial PhotoScape: Antara Ciri Menarik

Sebelum saya terus ke tutorial muat turun PhotoScape, saya kongsikan sebahagian daripada ciri-ciri menarik ditawarkan oleh PhotoScape. Kesemua imej adalah daripada laman utama Photoscape.

photoscape, asas grafik, tips grafik, tutorial grafik
Pelbagai frames boleh anda apply pada gambar untuk membuatkan gambar nampak lebih dramatik & menarik.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , ,

Perisian Grafik Percuma Sesuai untuk Peniaga Kecil

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan tentang perisian (software) yang saya gunakan untuk menghasilkan artwork. Dua perisian utama yang saya gunakan ialah Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator. Oleh kerana saya tidak mengikuti sebarang kelas khas, proses pembelajaran adalah berdasarkan trial and error dan mengambil masa yang agak lama. Saya mula menggunakan Photoshop sejak 1996 dan baru beberapa tahun lepas membiasakan diri dengan Illustrator. Saya tidak mengesyorkan kedua-dua perisian ini kepada beginners, melainkan anda betul-betul minat kerana harga & kos latihan formalnya yang agak tinggi.

Namun begitu, jika anda serius ingin menghasilkan artwork yang lebih menarik daripada menggunakan Microsoft Publisher, saya mencadangkan anda memuat turun Photoscape dan Inkscape.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , ,

WAHM & Pengalaman Menyekolahkan Anak.

Dua hari lagi anak pertama kami, Ayisha, akan menghadapi peperiksaa akhir tahun satu. Sebelum dia bersekolah, saya selalu mendengar cerita rakan-rakan yang lebih sibuk & risau dari anak-anak mereka bila tiba musim peperiksaan. Pada awal persekolahan Ayisha, saya & suami masih tak nampak apa yang perlu dirisaukan bila Ayisha menerima keputusan peperiksaan awal tahunnya. Tapi, bila tiba peperiksaan pertengahan tahun, keputusan peperiksaan sekolah agama Ayisha agak merosot. Dalam takut-takut Ayisha maklumkan kepada kami tentang markah-markahnya. Kami tidak mahu menjadi ibu bapa yang meletakkan jangkaan yang tinggi pada keputusan, yang penting ialah usaha & kesungguhannya untuk belajar.

Apa yang saya perhatikan, kadang-kadang Ayisha agak over-confident. Mungkin kerana dia sudah lancar membaca sebelum mendaftar di kelas pra-sekolah lagi, menyebabkan dia kurang berminat membuat ulang kaji. Jadi, untuk peperiksaan akhir tahun ini, kami telah khaskan dua minggu terakhir sebelum peperiksaan sebagai minggu ulang kajinya. Alhamdulillah, bila saya bersama-sama duduk menemannya mengulang kaji, nampak kesungguhan Ayisha untuk belajar. Jadi, apa pun keputusannya nanti, kami akan berpuas hati atas usaha yang ditunjukkannya.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

17 Oct 2013

SOHO & Anak-anak.

Sejak Artchetak membuka mini studio di Arked MARA Kajang, SOHO saya sudah ditukarkan menjadi bilik anak-anak. Tapi, apabila kami berpindah ke kampung nanti, InsyaAllah saya akan kembali ber'SOHO' di rumah buat sementara waktu sehingga mendapat ruang kedai yang sesuai.

Dulunya, bilik SOHO saya juga adalah bilik mainan kanak-kanak. Alhamdulillah tiada gangguan serius dari anak-anak. Dan bila kawan-kawan mereka datang bermain, saya akan mengundur diri ke ruang tamu. Pada saya, sangat penting untuk kita melibatkan anak-anak dengaan SOHO kita. Selain anak-anak sentiasa rapat dengan kita, secara tak langsung, kita didik & biasakan mereka dengan konsep bekerja di rumah. Jadi, mereka akan mudah faham kalau kita beritahu mereka yang ibu sedang bekerja. Juga pastikan kita bekalkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti supaya dapat memindahkan perhatian mereka sementara kita memberi fokus kepada kerja.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Lembu punya susu...

Maafkan tajuk yang agak 'pasar'.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang kepentingan memberi kredit kepada empunya gambar atau imej yang ingin kita letak dalam entry blog kita.

Kenapa kena letak sumber asal? Secara asasnya adalah kerana etika & juga isu copyright atau hak milik. Mungkin ada yang pernah terjumpa kes pemilik asal gambar melepaskan rasa tidak puas hati kerana foto atau imej miliknya digunakan di blog atau laman web lain tanpa keizinan atau sebarang pernyataan sumber pada gambarnya yang telah digunakan orang lain. Atau lebih parah, diterbitkan dalam bentuk buku atau majalah. Sebagai blogger, perkara ini perlu kita elakkan.

Terdapat pelbagai cara untuk memberi kredit pada imej atau gambar yang kita gunakan, tetapi pada asasnya, saya bahagikan kepada dua cara yang biasa saya gunakan:


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Pengenalan kepada HTML & CSS.

Di dalam beberapa tutorial yang akan datang, saya akan memasukkan sedikit demi sedikit penggunaan HTML & CSS. Untuk itu, saya akan cuba memperkenalkan kedua-dua terma ini secara ringkas yang boleh.

Apa itu HTML & CSS?
HTML bermaksud HyperText Markup Language. Secara asasnya, HTML adalah sejenis bahasa penanda yang digunakan untuk mencipta sesebuah laman web dan menyampaikan pelbagai maklumat untuk dipaparkan melalui pelayar (browser) internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer.

CSS (Cascading Style Sheets) pula ialah pengaturan dalam menggubah HTML agar wajah laman web lebih bergaya & kelihatan lebih menarik.

Kesimpulannya, HTML menentukan struktur isi kandungan pada satu-satu muka laman web dan CSS pula akan menentukan stail & keterampilan muka laman web tersebut. Harus diingat, kedua-duanya mempunyai susun bahasa yang berlainan dan berasingan.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

Freebies: Rancang Penulisan Blog

Sudah buat pendaftaran blog? Langkah seterusnya ialah mula menulis. Ada freebies untuk anda di akhir entry ini.

Jika anda baru berjinak-jinak dengan penulisan, seperti semasa saya mula berblog empat tahun lepas, antara perkara yang agak mencabar ialah mencari & mengumpul idea atau bahan. Kadang-kadang idea datang dengan tiba-tiba, selalunya saya sekadar membuat catatan memori atau membuat nota ringkas di dalam buku nota mini.

Tetapi setiap catatan ringkas perlu diperkembangkan agar setiap tajuk dapat disampaikan dengan lebih tersusun. Jika anda buat carian 'blog planner' di google, pelbagai jenis blog planner yang boleh anda download secara percuma. Oleh kerana tiada satu pun yang sesuai dengan keperluan, saya telah menyediakan blog planner sendiri dengan nama Nota Catatan Blog.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , ,

13 Oct 2013

Jejak Hijrah & Lata Payong

Pada awal September lepas, saya dan keluarga balik ke kampung suami di Kuala Terengganu. Perjalanan balik kami ini bukan sekadar untuk melawat mok & adik-beradik, tetapi juga untuk mencari lokasi yang sesuai untuk sekolah anak-anak dan tempat tinggal baru. Semoga segala yang dirancang jadi realiti. Kalau dah namanya 'orang kampung', pulang ke kampung jugaklah yang jadi pilihan hati.

Sempat juga kami membawa anak-anak ke Lata Payong. Sejak awal kami sudah berjanji untuk membawa mereka mandi-manda. Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk berkelah, selalunya kalau di Kajang, Sg.Congkak adalah destinasi kami. Pada mulanya mak mertua mengajak kami ke sungai berhampiran dusun kakak ipar tetapi keadaan sungai yang agak keruh menyebabkan kami terpaksa membatalkan niat. Namun, anak-anak sudah berpakaian baju mandi sejak keluar dari rumah, maka kakak ipar mencadangkan kami teruskan perjalanan untuk mencari lokasi lain.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Kenali Photobucket.com

Sudah mempunyai akaun Photobucket? Ok, saya akan bimbing anda tentang cara-cara untuk menyusun & mengatur gambar-gambar di dalam 'library' Photobucket anda.

Ini adalah laman utama setelah anda log in ke akaun Photobucket anda.



Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , , ,

Image Hosting : Laman cadangan

Melalui carian Google, anda boleh temui pelbagai laman web yang menawarkan servis image hosting dengan percuma. Secara peribadi, saya mencadangkan Photobucket.com atas sebab-sebab berikut:
  • pendaftaran yang mudah
  • interface kemas
  • user-friendly
  • bina & susun album-album anda mengikut kesukaan anda
  • proses muat naik gambar & video yang mudah & cepat
  • kemudahan photo editing
  • satu klik untuk berkongsi gambar anda di Facebook, Twitter dan lain-lain
    -dan yang paling penting:
  • photobucket menyediakan pautan (link) untuk digunakan dalam blog, forum atau laman web anda. Pautan inilah yang saya sebut sebagai 'alamat' dalam entri sebelum ini

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , , ,

Photo & Image Hosting : Album Maya

Sebelum saya berkongsi pelbagai tips dan tutorial, anda perlu mempunyai satu akaun simpanan imej (image hosting). Image hosting sedikit berbeza dengan photo sharing.

Photo Sharing ialah kemudahan untuk memuat naik & penyimpanan gambar atau imej yang kemudiannya dikongsi melalui laman media social seperti Facebook, Instagram dan Tumblr. Laman photo sharing selalunya mempunyai kemudahan mengedit gambar dan juga geo-tag.

Secara umumnya, image hosting adalah kemudahan untuk simpanan imej seperti hard disk pada komputer kita, lebih kurang seperti album gambar maya (virtual). Mana-mana laman web photo sharing adalah tapak untuk image hosting. Tetapi, tidak semua tapak image hosting mempunyai kemudahan untuk photo sharing. Saya cuba terangkan melalui carta ringkas berikut.
Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , , ,

12 Oct 2013

Pengalaman Pertama Berniaga : Jagung Manis

Minat. Antara faktor utama untuk menggerakkan perniagaan. Walaupun kita tiada modal yang besar untuk memulakan perniagaan, tapi dengan adanya minat & kesungguhan, insyaAllah permulaan kita akan lebih mudah.

Kenangan terawal saya menjual adalah semasa di sekolah rendah. Kurang ingat tahun berapa, tapi tidak silap saya, circa tahun 1986-1988. Emak dan abah saya bertugas sebagai guru ketika itu. Mak mengajar di Sek. Ren. Keb. Tg. Gemuk, manakala abah pula di Sek. Men. Keb Tg. Gemuk. Ketika itu kami tinggal di kuarters guru sekolah menengah, lebih kurang 20km daripada kampung kami, Kuala Rompin, Pahang.

Mak & abah ada membeli sebidang tanah di kampung Janglau, Pahang. Tanaman jagung manis antara produk pertanian yang banyak ditanam pada masa itu. Dan tanaman dibuat secara berkelompok. Jadi, semasa musimnya, setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan ke Kg. Janglau untuk bergotong-royong menanam jagung. Saya berumur antara 8-10 tahun pada masa itu. Turut bersama-sama ialah adik-adik saya, empat orang kesemuanya. Sesungguhnya ia adalah antara pengalaman yang paling menyeronokkan di zaman kanak-kanak. Mana tidaknya, sambil berkebun, sudah tentu kami berpeluang bermain selut. Menurut kata mak, setiap kumpulan diberi jumlah benih yang sama. Tetapi kumpulan kami sekeluarga kehabisan benih lebih awal dari kumpulan lain. Bila ditanya, rupanya benih yang kami letakkan dalam setiap lubang, sekali ganda dari yang sepatutnya. Maklumlah, pertama kali bertanam jagung.

Tidak boleh lupa pengalaman berlari mencari tempat berlindung kerana hujan. Berlari dalam selut semasa hujan bukan perkara mudah ye. Menurut mak, pernah juga dikejar babi hutan. Setiap kali ke kebun, mak akan masakkan bekalan. Walaupun tiada tempat makan yang sempurna, kami tetap berselera makan.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

8 Oct 2013

Panduan Mudah Mengambil Gambar

Sebagai peniaga online, gambar-gambar produk adalah antara medium iklan yang sangat penting. Selain menunjukkan yang anda adalah seorang peniaga yang professional, gambar yang cantik, jelas & lengkap maklumatnya adalah seperti gula yang menarik pelanggan-pelanggan untuk bertanya lebih lanjut. Peniaga perlu rajin untuk berusaha mendapatkan gambar-gambar yang sesuai. Jangan ambil jalan mudah dengan menggunakan gambar-gambar peniaga lain tanpa izin. Melainkan anda menjalankan perniagaan secara dropshipping atau ejen yang mana selalunya para pengedar atau pengeluar akan menyediakan gambar produk untuk anda gunakan.

Beginilah set-up saya untuk mengambil gambar produk di permulaan peniagaan online saya. Gambar ini diambil pada tahun 2009 untuk blog Artchetak.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,

Terseliuh & tekanan pada lengan.

Sejak khamis yang lepas, saya mengalami sakit pada tangan kanan, bermula dari pergelangan hingga ke belakang bahu. Perkara ini sebenarnya sering berlaku tapi kali ini lebih lama dari biasa. Aktiviti berkaitan laptop terpaksa dikurangkan. Urutan & regangan banyak membantu.

Jika anda menggunakan komputer sebagai aktiviti harian wajib dan menghabiskan berjam-jam lamanya, anda mungkin akan mengalami masalah yang sama. 


Berikut adalah laporan Bernama.


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

3 Oct 2013

Inspirasi Super Wahm, Super Mom

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

2 Oct 2013

Memulakan Bisnes Di Rumah - Keperluan Aspek Kreatif.

Dalam entry kali ini, saya akan cuba menceritakan serba sedikit apa yang akan dikongsi oleh Studio Kenaria.

Bagi yang baru saja memulakan bisnes dari rumah, atau masih memasang niat, sebaiknya carilah maklumat sebanyak mungkin. Selain buku, gunakanlah sepenuhnya internet untuk membuat persediaan sebelum memulakan langkah. Antara laman blog yang saya cadangkan ialah Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO). Selain laman web dan blog tempatan, jangan lupa juga untuk rujuk kepada laman-laman web luar negara untuk mempelbagaikan bahan bacaan.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , , , , , , , ,

1 Oct 2013

Menghitung Hari

Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan Oktober. Bagi kebanyakan ibu bapa, inilah musim peperiksaan dan sukan sekolah anak-anak. Secara peribadi pula, bermakna tinggal lagi tiga bulan lagi sebelum kami memulakan kehidupan di tempat baru. Pulang ke kampung suami, sesuatu yang sangat mengujakan.

Gambar dari album peribadi.
Kuala Terengganu, Januari 2010.

Klik untuk artikel penuh »

Labels:

Kembali ke 'Sekolah'

Saya mula berblog sejak tahun 2009, tanpa sebarang kelas formal. Alhamdulillah, blog Artchetak kini sudah masuk tahun ke-5 namun mungkin kerana sudah bertahun melakukan rutin yang sama, mood sudah mula agak luntur. Bila saya fikirkan sedalamnya, mungkin saya perlu mengikuti kelas formal untuk menyuntik semangat baru. Proses pembelajaran adalah proses yang berterusan, tidak ada ruginya jika saya kembali semula ke 'sekolah.

Mencari kelas yang sesuai tidak menjadi masalah kerana saya sudah mengenali pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, iaitu Puan Masayu Ahmad. Saya mengenali beliau selepas saya muncul di segmen Bekerja Dari Rumah dalam rancangan Apa Kata Wanita terbitan RTM1 pada 2009. Dan pada Mei 2010, buku beliau, Jana RM Dari Rumah diterbitkan. 

Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,